92 peratus rakyat Malaysia bimbang dengan keperluan kewangan di hari tua

KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) mendedahkan hari ini sehingga 92 peratus rakyat Malaysia bimbang dengan keadaan dan keperluan kewangan mereka pada usia tua serta tidak bersedia menghadapi persaraan.

Penolong Gabenor BNM Jessica Chew Cheng Lian berkata 33 peratus ‘sangat bimbang’ dengan keadaan kewangan mereka apabila mencapai usia tua, manakala baki 59 peratus ‘agak bimbang’.

Bercakap pada satu sesi panel bertemakan “Your Retirement Aspiration: Making It A Reality” (Aspirasi Persaraan Anda: Jadikan ia satu Realiti) pada Persidangan Jaminan Sosial Antarabangsa 2016 di sini, pada Rabu, beliau berkata 40 peratus daripada rakyat Malaysia mengatakan mereka bersedia untuk bersara manakala 80 peratus menyatakan mereka mempunyai strategi untuk menampung perbelanjaan pada usia tua.

Strategi paling popular termasuk bergantung kepada anak-anak atau pasangan, terus bekerja dan bergantung kepada bantuan kewangan kerajaan.

Chew menegaskan kebanyakan rakyat Malaysia mengguna pakai strategi pasif bagi persaraan seperti yang dicerminkan dalam komposisi aset isi rumah, dengan 42 peratus memilih membeli hartanah, 25 peratus memilih menyimpan wang dalam bank dan 18 peratus bergantung kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Beliau berkata hanya 24,180 polisi insurans dengan premium tahunan RM280.2 juta telah terjual sejak insentif cukai diperkenalkan pada 2012.

Bagi membentuk semula realiti dalam kalangan rakyat Malaysia, beliau berkata kesedaran dipertingkatkan menerusi penyepaduan pendidikan kewangan dalam kurikulum sekolah bagi murid tahun empat hingga tahun enam.

“Kami juga membentuk rangkaian pendidikan kewangan untuk menyelaraskan dan memacu inisiatif pendidikan kewangan di peringkat antarabangsa,” katanya.

Chew berkata BNM juga memperkenalkan produk pencen inovatif dan dipelbagaikan untuk membantu individu menangani risiko persaraan.

Beliau berkata strategi lain bakal pesara termasuklah menambah baik struktur insentif seperti menggalakkan peranan yang lebih besar bagi majikan untuk menyediakan pelan pencen pekerjaan suka rela, serta insentif penggunaan pinjaman pendapatan untuk mengelakkan penyusutan pramatang simpanan.

Menurut Penasihat Malaysian Healthy Ageing Society Nathan Vytialingam, lelaki berusia antara 65 dan 74 dianggap sebagai golongan tua yang masih muda, yang berusia antara 75 dan 84 golongan tua pertengahan, manakala yang berusia atas 85 golongan tua.

cropped-kp238_financial-literacy_1200x6001.jpg

 

Advertisements

5 Masalah Kewangan Yang Dihadapi Oleh Pekerja Muda Di Malaysia

Norma budaya di Malaysia begitu jelas: Belajar bersungguh-sungguh, dapatkan pekerjaan yang baik dan kehidupan akan menjadi lebih senang. Betul? Ya, mungkin. Keluhan daripada individu kelas pekerja semakin lantang dan sebagai pekerja baru, anda mungkin mendapati diri anda bergelut untuk menanggung kos kehidupan seharian. Kita akan membincangkan 5 masalah yang biasa dihadapi oleh golongan pekerja baru dan beberapa cara untuk mengatasi kesukaran tersebut.

1. Membeli Rumah Pertama Anda

Memandangkan harga perumahan meningkat pada kadar yang lebih cepat daripada purata pendapatan rakyat Malaysia, pembelian rumah pertama anda mungkin lebih merunsingkan berbanding dengan beberapa dekad yang lalu. Selepas menggunakan alat perbandingan pinjaman perumahan kita untuk mendapat pinjaman yand sesuai, kos kemasukan masih besar! Penyelesaiannya boleh dipermudahkan dengan membeli rumah kos rendah sebagai permulaan. Kini masih ada hartanah yang boleh dibeli di bawah RM250,000. Rumah pertama anda mungkin tidak perlu kelihatan begitu mewah tetapi kesan kenaikan nilai pemilikan hartanah boleh mendatangkan ganjaran pada masa hadapan.

Anda juga harus mempertimbangkan untuk membeli rumah pertama anda di bawah skim PR1MA. Rumah-rumah di bawah skim ini dijual di bawah nilai pasaran dan akan membawa penjimatan yang besar. Walau bagaimanapun, anda perlu tahu bahawa kebanyakan rumah-rumah di bawah skim PR1MA masih dalam peringkat perancangan dan anda perlu memiliki rumah tersebut sebanyak 10 tahun sebelum rumah tersebut boleh dijual. Pemilikan unit PR1MA juga bergantung kepada nasib kerana peruntukan adalah berdasarkan undian.

2. Membeli Kereta Pertama Anda

Malaysia menduduki tempat kedua untuk harga kereta paling mahal. Tambahan pula, kuasa membeli yang rendah turut memberi tekanan yang berat untuk membeli sebuah kereta baru.

Walaupun anda mungkin pernah dinasihati untuk memilih pengangkutan awam, pilihan tersebut mungkin tidak realistik untuk anda. Jadi langkah yang bijak untuk menanggung kos yang lebih rendah adalah dengan pembelian kereta terpakai dan bukannya kereta baru. Biarkan pemilik kereta pertama menyerap susutnilai (jauh lebih tinggi pada tahun-tahun awal) untuk anda. Satu lagi kelebihan membeli sebuah kereta terpakai ialah mengurangkan perbezaan harga pembelian anda dengan harga jualan sekiranya anda menjualnya kemudian hari. Pastikan anda membuat perbandingan dan memilih kereta yang berada dalam keadaan yang sebaik mungkin.

3. Penyalahgunaan Kad Kredit

Kad kredit merupakan satu kemudahan yang besar tetapi pada masa yang sama, juga boleh membawa masalah yang besar. Kekurangan disiplin perbelanjaan boleh menyebabkan bil kad kredit bertimbun dan mendapat pinjaman perumahan akan bertambah susah.. Lebih baik anda berhenti menjadi mangsa kad kredit dan sebaliknya mengambil kesempatan daripada promosi dan manfaat yang ditawarkan oleh bank. Terdapat pelbagai manfaat yang anda dapat nikmati. Penggunaan kad kredit pada masa yang betul boleh memberi kebaikan jika anda mematuhi tempoh masa pembayaran balik.

4. Menjelaskan Hutang PTPTN

Anda mungkin mempunyai hutang pinjaman pelajaran setelah penamatan ijazah anda. Jika anda merupakan pelajar di institusi pengajian tinggi tempatan dengan pinjaman PTPTN, anda perlu mempertimbangkan beberapa perkara yang berikut :

  • Buatlah pembayaran balik secara tertib. Pembayaran di bawah jumlah yang dinyatakan dalam surat pembayaran balik masih lebih baik daripada tidak membayar apa-apa kerana dapat mengekalkan rekod CCRIS anda yang bersih. Bajet 2015 juga menawarkan 20% rebat untuk bayaran sekaligus. Pengumuman tersebut mendatangkan penjimatan yang besar. Ambillah kesempatan ini jika boleh.
  • Jika anda tidak ingin membayar hutang anda secara sepenuhnya, anda mungkin mahu membayar balik secara perlahan-lahan dalam jumlah yang kecil supaya cukup untuk mengelakkan anda daripada disenaraihitamkan. Hal ini adalah kerana pulangan deposit tetap yang lebih tinggi dapat menjana pulangan yang lebih besar daripada faedah yang dibayar untuk PTPTN.

5. Pengurusan Pembayaran Balik Hutang

Apabila anda mempunyai beberapa komitmen hutang untuk ditangani, fikirkanlah cara yang paling berkesan untuk pelangsaian yang lebih mudah. Berikut adalah beberapa sumber yang anda boleh rujuk.

Selain itu, jika kadar faedah pinjaman lebih tinggi daripada kadar hasil Simpanan Tetap lebih baik anda menyelesaikan hutang anda secepat mungkin. Jika tidak, adalah lebih baik untuk memanjangkan pembayaran balik anda.

Kesimpulan

Masalah yang dinyatakan merupakan masalah biasa di kalangan orang dewasa muda yang bekerja, tetapi faktor-faktor lain juga memainkan peranan dalam hal ini. Anda mungkin boleh mendapatkan nasihat daripada perunding sekiranya anda terus bergelut dengan masalah kewangan. Disiplin diri yang baik dalam membuat belanjawan dan  peruntukan penyelesaian hutang yang efektif boleh meringankan beban anda dalam jangka masa panjang. Jadi, tabiat yang baik dapat memberi faedah kepada anda dan harus dijadikan amalan.

Memahami Simptom-Simptom Stress Dalam Kewangan

TIADA ada belenggu yang lebih menjerat melainkan apabila seseorang itu hidup berlebih daripada kemampuannya. Asas utama dalam membina kestabilan kewangan adalah untuk berbelanja mengikut kadar kemampuan diri. Namun, dengan trend yang membudayakan hidup berhutang untuk berbelanja, ramai yang gagal pada perkara asas ini.

Isu ini biasanya berlaku kepada golongan berpendapatan tengah di mana mereka mempunyai akses kepada kredit dan pada masa sama terpaksa mengimbangkan antara keinginan dan kemampuan.

Hidup secara bersederhana wajar menjadi panduan tetapi apabila keinginan menguasai diri, kemudahan kredit yang ada sering disalah guna sehingga menjerumuskan diri ke kancah hutang. Jadi bagaimanakah kita dapat mengetahui kita sebenarnya hidup melebihi kadar kemampuan?

Tidak mempunyai tunai mencukupi untuk memenuhi keperluan-keperluan asas adalah petanda terakhir kepada musibah kewangan diri. Namun, terdapat beberapa petanda awal yang perlu kita sedari sebelum musibah di atas melanda.

Tidak mempunyai simpanan kecemasan adalah petanda awal yang perlu diambil perhatian. Menabung dengan sikit-sikit lama-lama menjadi bukit itu sesuatu yang hambar, tetapi ia bukanlah sesuatu yang kompleks untuk dilaksanakan. Pun begitu, masih ramai kecundang dalam perkara ini.

Berapa banyakkah jumlah untuk simpanan kecemasan? Mempunyai simpanan sebanyak tiga bulan kadar perbelanjaan adalah sesuatu yang munasabah, manakala mempunyai simpanan enam bulan kadar perbelanjaan adalah sesuatu yang ideal. Bayangkan sekiranya anda hilang pekerjaan, selama manakah anda dapat menampung gaya hidup sekarang? Maka, kegagalan untuk menyimpan sedikit dari jumlah pendapatan merupakan antara petanda kepada musibah kewangan yang bakal menanti.

Petanda seterusnya adalah apabila bayaran hutang rumah lebih daripada jumlah pendapatan seminggu. Misalnya, seseorang yang mempunyai pendapatan bulanan RM4,000, peruntukan hutang rumah sewajarnya tidak lebih dari RM1,000. Jika lebih, stress kewangan akan meningkat berikutan desakan untuk memenuhi keperluan-keperluan lain.

Jumlah baki kad kredit kekal sama dengan tahun lepas merupakan petanda stress kewangan yang berikutnya. Jika jumlahnya terus meningkat dari bulan ke bulan, seseorang itu sudah terjerumus dalam krisis kewangan. Ini merupakan petanda stress kewangan yang penting kerana hutang kad kredit adalah mahal dan melibatkan perbelanjaan gaya hidup seperti percutian. Tidak seperti hutang rumah yang boleh meningkatkan ekuiti seseorang, hutang kad kredit biasanya melibatkan perbelanjaan untuk sesuatu yang kurang produktif.

Petanda stress kewangan seterusnya ialah apabila seseorang itu membeli barangan yang mahal melalui tawaran pembiayaan tanpa faedah dengan harapan dia mampu melunaskannya nanti.

Sama ada tawaran ini melibatkan beli sekarang dan bayar tanpa faedah sehingga tahun depan; atau; tiada bayaran bulanan selama enam bulan;, meskipun menarik tetapi boleh memerangkap. Masalah biasanya bermula apabila seseorang itu gagal melunaskan bayaran penuh mengikut masa ditentukan. Caj riba yang dikenakan biasanya tinggi serta menjadi lumrah di mana caj dikira bermula dari tarikh pembelian mula dibuat.

Petanda yang berikutnya ialah apabila seseorang itu menggunakan satu kredit kad untuk membuat bayaran kad kredit yang lain melalui pemindahan baki. Ya, pemindahan baki dapat mengurangkan beban caj yang dikenakan tetapi jika pindahan baki dibuat untuk meningkatkan had siling hutang, itu adalah petanda yang tidak sihat.

Petanda yang terakhir ialah apabila seseorang itu berfikir: ”Aku tidak sepatutnya membeli barangan ini tetapi …; Cara fikir sebeginilah yang sering memerangkap diri sendiri.

Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20130212/ek_04/Memahami-simptom-simptom-stress-dalam-kewangan#ixzz53rGt7J8r
© Utusan Melayu (M) Bhd

Jika anda mempunyai masalah kewangan boleh berhubung dengan saya untuk personal loan anda hubungi saya di:-

Whatsapp : 017-2036959 RM Kashfi
Facebook : https://www.facebook.com/profile.php?id=100009855997730
Facebook Page : https://www.facebook.com/Mysmartpinjamanwangberlesen/

Jom Fix Masalah Kewangan Anda

Anda mempunyai masalah kewangan yang menghantui anda?
klik di web dibawah untuk makluman lanjut untuk solusi masalah kewangan anda yang menghantui. Atau anda boleh PM saya untuk maklumat lanjut, InsyaAllah saya guide untuk penyelesaian masalah kewangan anda.

Terbuka kepada pekerja-pekerja kerajaan, swasta, kilang dan pencen / pesara. Tunggu apa lagi? klik dibawah untuk ‘FIX’ masalah kewangan anda.

Oh lupa nak beritahu!!
INTEREST SERENDAH 1.5% DAN FREE 2 MONTH INTEREST!!

Tunggu apa lagi??!!
Jom klik di bawah ini :-

https://www.facebook.com/profile.php?id=100009855997730

https://www.facebook.com/Mysmartpinjamanwangberlesen/

MAKLUMAN

INTEREST SERENDAH 1.5% DAN FREE 2 MONTH INTEREST!!

Kami adalah sebuah syarikat pemberi pinjaman yang berdaftar dibawah akta pemberi pinjaman 1951. Dimana kami telah
beroperasi selama 14 tahun lebih.Disini kami ingin membantu anda yang mepunyai masalah kewangan dengan :-

1)Pinjaman yang MUDAH, CEPAT & TEPAT
2)Pinjaman untuk kegunaan peribadi, settle hutang bank, kredit kad & PTPTN
3)Blacklist,CTOS,CCRIS layak memohon
4)Tanpa interest 2 bulan
5)Pinjaman peribadi serendah 1.5%
7)Kelulusan 1-2jam sahaja
8)Pinjaman jangka masa pendek(untuk kegunaan sekejap 2-3 bulan)
9)Pinjaman jangka masa panjang(installment atau ansuran bulanan)

PERKHIDMATAN KAMI TERBUKA KEPADA PEKERJA-PEKERJA:-
*Swasta
*Kerajaan
*Kilang
*Pencen / Pesara
*Socso

Terbuka untuk semua rakyat Malaysia yang tinggal di kawasan KL & Selangor
-Berumur 25 dan ke atas
-Bekerja
-Gaji autocredit bank
-Ada slip gaji & bank statement
-Ada bil api / air sebulan
-Kami juga boleh tolong settlekan pinjaman atau hutang di money lender lain jika ada
BOLEH SEGERA WHATSAPP KAMI DI TALIAN KHIDMAT PELANGGAN/CUSTOMER SERVICE HOTLINE DI NOMBOR
017-2036959-RM Kashfi
017-2036959-RM Kashfi
017-2036959-RM Kashfi

Atau boleh PM kami di page FB KAMI : RM Kashfi / My Smart R&M Enterprise

#Tiada deposit dikenakan
#Tiada caj upfront payment
#Boleh apply dulu, tiada caj untuk cancellation

KAS PURNYA